Saturday, 19 January 2019

PENERANGGAN SURAH AN-NISAK.,

Surah An-Nisaa’
         Sebahagian daripada siri berkaitan Allah-green.svg Islam Rukun Iman Allah • Kitab • Malaikat • Nabi Hari Akhirat • Qada dan Qadar Rukun Islam Syahadah • Solat • Puasa Zakat • Haji Kota Suci Makkah •
           Madinah Baitulmuqaddis Hari Raya Aidilfitri • Aidiladha Hukum Al-Quran • Sunnah • Hadis Sejarah Garis Masa Sejarah Islam Khulafa al-Rasyidin Khalifah • Khilafah Tokoh Islam Muhammad Ahlul Bait • Sahabat Nabi Mazhab Ahli Sunah Waljamaah Hanafi • Syafie Maliki • Hanbali Budaya Dan Masyarakat Akademik • Haiwan • Seni Takwim • Kanak-kanak Demografi • Perayaan Masjid • Dakwah • Falsafah Sains • Wanita • Politik Lihat juga Kritikan •

           Islamofobia Glosari Portal Islam pbs Surah An-Nisaa' - (Perempuan) سورة النساء - mengandungi 176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain. Surah yang lain banyak juga membicarakan tentang hal wanita seperti surah At Thalaq. Dalam hubungan ini, kebiasaannya disebut surah An Nisaa' dengan sebutan: Surah An Nisaa' Al Kubraa (surah An Nisaa' yang besar), sedangkan surah Ath Thalaq disebut dengan sebutan: Surah An Nisaa' Ash Shughraa (surah An Nisaa' yang kecil).

       Isi Kandungan: 1. Keimanan: Syirik (dosa yang paling besar); akibat kekafiran pada masa hadapan. 2. Hukum-hukum: Kewajipan para wali; hukum poligami; mas kahwin; memakan harta anak yatim dan orang-orang yang tak dapat mengurus hartanya; hukum warisan; perbuatan-perbuatan keji dan hukumannya, wanita-wanita yang haram dikahwini; hukum-hukum mengahwini budak perempuan; larangan memakan harta secara batil; hukum syiqaq dan nusyuq; kesucian lahir batin dalam sembahyang; hukum suaka; hukum membunuh seorang Islam; solat khauf; larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk; masalah pusaka kalalah. 3. Kisah-kisah: Kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya. 4. Dan lain-lain: Asal manusia adalah satu; keharusan menjauhi adb-adab pada zaman jahiliyah dalam perlakuan mereka terhadap wanita; adab bergaul dengan isteri; hak seseorang sesuai dengan kewajipannya; perlakuan ahli kitab terhadap kitab-kitab yang diturunkan kepadanya; dasar-dasar pemerintahan; cara mengadili perkara; keharusan membuat penyiapan terhadap musuh; sikap-sikap orang munafik dalam menghadapi peperangan; berperang di jalan Alllah adalah kewajipan setiap mukallaf; adab dalam peperangan; cara menghadapi orang-orang munafik; darjat orang-orang yang berjihad.

No comments:

Post a Comment