TAFSIR QURAN DAN HADIS TABARUK
JILIK 2 ,.
PENCERAHAN DAN HURAIAN TENTANG
Surah Ibrahim
Daripada
Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah- Islam
Rukun Iman
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji
Kota Suci
Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri • Aidiladha
Hukum
Al-Quran • Sunnah • Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah
Tokoh Islam
Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik
Lihat juga
Kritikan •
Islamofobia
Glosari
Portal Islam
pbs
Surah Ibrahim (سورة إبراهيم)
adalah surah ke-14 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 52 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelum Hijrah. Dinamakan Ibrahim kerana surah ini mengandungi doa Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayat 35 sampai dengan 41.
Isi doa ini ialah : permohonan agar keturunannya mendirikan solat, dijauhkan dari menyembah berhala-berhala dan agar Makkah dan daerah sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur. Doa Nabi Ibrahim AS ini telah diperkenankan oleh Allah SWT sebagaimana telah terbukti keamanannya sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan beliau ke hadirat Allah SWT sesudah selesai membina Kaabah bersama puteranya Ismail, di dataran tanah Makkah yang tandus.
Isi kandungan
Keimanan: Al Quran adalah pembimbing manusia ke jalan Allah; segala sesuatu dalam alam ini kepunyaan Allah; keingkaran manusia terhadap Allah tidaklah mengurangi kesempurnaan-Nya; nabi-nabi membawa mukjizat atas keizinan Allah semata-mata;
Allah kuasa mematikan manusia dan membangkitkannya kembali dalam bentuk baru; ilmu Allah meliputi yang lahir dan yang batin.
Hukum-hukum: Perintah mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian harta baik secara rahasia maupun secara terang-terangan.
Kisah-kisah: Kisah Nabi Musa a.s. dengan kaumnya, serta kisah para rasul zaman dahulu.
Dan lain-lain: Sebabnya rasul-rasul diutuskan dengan bahasa kaumnya sendiri; perumpamaan tentang perbuatan dan perkataan yang hak dengan yang batil; kejadian langit dan bumi mengandungi hikmah-hikmah; pelbagai nikmat Allah kepada manusia dan janji Allah kepada hamba-hamba yang mensyukuriNya.
No comments:
Post a Comment